Apa itu Crypto?
Mata wang kripto atau “digital” berfungsi sebagai medium pertukaran yang melibatkan kriptografi . Antara mata wang kripto yang paling popular adalah Bitcoin.
Selepas diperkenalkan pada tahun 2009, nilai tertinggi yang pernah dicatatkan bagi 1 Bitcoin adalah RM73,800.
Selain Bitcoin, terdapat juga beberapa mata wang digital lain yang berpotensi tinggi seperti Monero (XMR), Lite Coin (LTC) dan sebagainya. Kesemua mata wang ini tidak dikeluarkan oleh bank mahupun kerajaan.
Mata wang digital ini membolehkan anda melakukan transaksi ke seluruh dunia tanpa memerlukan peer-to-peer seperti bank, ejen atau broker. Berbanding dengan mata wang tradisional, aset dapat dipindahkan lebih cepat di dalam rangkain Bitcoin.
Mata wang kripto ini sukar untuk dipalsukan kerana setiap transaksi dirahsiakan dengan cara encryption agar data tidak boleh dibaca oleh pihak ketiga. Hal ini berbeza dengan dunia nyata dimana masyarakat mampu memalsukan berjuta malahan billion wang palsu.
Misalnya, perbezaan antara USD dan USDT (Tether). USD adalah mata wang di dunia realiti kita manakala USDT (Tether) adalah mata wang di dunia digital.





Previous
Next